-->
Booking.com

Tuesday, June 1, 2010

Dungun


Daerah Dungun mempunyai keluasan seluas 273,503.1 hektar dengan jumlah penduduknya seramai 135,547 orang. Nama Dungun dikatakan berasal dari nama Pokok Dungun iaitu sejenis pokok yang banyak tumbuh di kawasan paya air tawar.


Pada tahun 1930, hasil penemuan dan perlombongan bijih besi oleh Nippon Mining Company telah menyebabkan Daerah Dungun menjadi terkenal. Pembangunan di Daerah Dungun khususnya di Bukit Besi menjadi pesat. Hasil penemuan dan perlombongan bijih besi ini juga menjadikan Daerah Dungun daerah termaju di Negeri Terengganu ketika itu. Ia menjadi terkenal dikalangan negara-negara luar khususnya negara pengimpot besi seperti Jepun dan Korea.


Bersempadan dengan Daerah Kemaman dan Marang, Daerah Dungun terbahagi kepada sebelas buah mukim iaitu Mukim Abang (3,315.2 hektar), Mukim Besol (14,252.2 hektar), Mukim Jengai (78,311.6 hektar), Mukim Jerangau (41,632.5 hektar), Mukim Kuala Dungun (6,345.5 hektar), Mukim Kuala Paka (14,385.7 hektar), Mukim Kumpal (10,764.6 hektar), Mukim Pasir Raja (49,164.3 hektar), Mukim Rasau (19,568.2 hektar), Mukim Sura (2,897.5 hektar) dan Mukim Hulu Paka (32,817.9 hektar).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Popular Posts