-->
Booking.com

Tuesday, June 8, 2010

Kuala Terengganu


Kuala Terengganu ialah sebuah daerah di Negeri Terengganu. Daerah Kuala Terengganu mempunyai keluasan 60,528 hektar persegi meliputi 24 buah mukim iaitu:

1) Atas Tol 210.4 Ha/2.104 km persegi
2) Bandar Kuala Terengganu 236.3 Ha/2.363 km persegi
3) Batu Burok 624.8 Ha/6.248 km persegi
4) Batu Rakit 11600.7 Ha/116.007 km persegi
5) Belara 21523.2 Ha/215.232 km persegi
6) Bukit Besar 906.5 Ha/9.065 km persegi
7) Cabang Tiga 4512.0 Ha/4.512 km persegi
8) Cenering 874.1 Ha/8.741 km persegi
9) Gelugur Kedai 446.8 Ha/4.468 km persegi
10) Gelugur Raja 226.6 Ha/2.266 km persegi
11) Kepung 450.0 Ha/4.500 km persegi
12) Kuala Ibai 518.0 Ha/5.180
13) Kuala Nerus 10651.3 Ha/106.513 km persegi
14) Kubang Parit 346.4 Ha/3.464 km persegi
15) Losong 259.0 Ha/2.590 km persegi
16) Manir 2913.7 Ha/29.137 km persegi
17) Paloh 372.3 Ha/3.723 km persegi
18) Pekan Cabang Tiga 8.5 Ha/0.850 km persegi
19) Pengadang Buloh 1845.4 Ha/18.454 km persegi
20) Pulau Redang 2672.5 Ha/26.725 km persegi
21) Pulau-Pulau 712.2 Ha/7.122 km persegi
22) Rengas 194.2 Ha/1.942 km persegi
23) Serada 2285.7 Ha/22.857 km persegi
24) Tok Jamal 198.3 Ha/1.983 km persegi

Kuala Terengganu merupakan ibu negeri, pusat pentadbiran dan perniagaan bagi Negeri Terengganu. Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) diwujudkan pada 18hb Januari 1979 dengan keluasan 18,712 hektar persegi meliputi 21 mukim. Pada 1 Januari 1985, Mukim Bukit Payong dan Alor Limbat telah dikeluarkan dari MPKT dan dimasukkan di bawah pentadbiran MDM (Majlis Daerah Marang).

Dengan perubahan ini, kawasan baru Majlis Perbandaran telah berubah kepada 16,806 hektar persegi. Pada 16 Disember 1996, kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Terengganu telah diwarta perluasan meliputi seluruh Daerah Kuala Terengganu sebagai kawasan kawalan dengan keluasan 60,528 hektar persegi dan bilangan mukim bertambah menjadi 24 mukim.

Keseluruhan bahagian timur Daerah Kuala Terengganu menghadap Laut China Selatan dan ini termasuk Pulau Redang dan Pulau Bidong yang merupakan pulau dan destinasi pelancongan utama di Negeri Terengganu. Bandar Kuala Terengganu yang berada di muara sungai Terengganu yang luas dan merentasi sempadan daerah lain ke Hulu Terengganu dan Hulu Nerus. Sungai yang satu ketika dahulu merupakan laluan sangat penting bagi aktiviti pengangkutan dan perdagangan. Dalam hubungan ini juga sebahagian besar sosio-kebudayaannya dipengaruhi oleh budaya pesisir, berjiwa dan berwatak pelaut. Secara tradisinya penduduk di daerah ini merupakan nelayan, pembina bot dan pelayar yang mahir.

Kuala Terengganu telah diiktiraf sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air dan menjadi Bandaraya pada 1hb. Januari 2008. Mengikut bancian tahun 2010, Bandar raya Kuala Terengganu mempunyai jumlah penduduk seramai 406,317. Namanya bererti muara Sungai Terengganu. Kuala Terengganu merupakan antara bandar pelancongan popular dan hotelnya mencatatkan kadar penginapan yang tinggi sepanjang tahun.

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) merupakan pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab mentadbir seluruh Kuala Terengganu dan sekitarnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Popular Posts