-->
Booking.com

Wednesday, June 2, 2010

Setiu


1 Januari 1985 merupakan tarikh bersejarah bagi penduduk Negeri Terengganu, apabila sebuah lagi daerah baru yang dikenali sebagai Daerah Setiu ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu hasil dari kajian yang telah dijalankan pada tahun 1980 oleh Unit Pemodenan dan Kemajuan Pentadbiran (MAMPU).


Negeri Terengganu terbina dari tujuh daerah iaitu Daerah Kuala Terengganu, Kemaman, Marang, Dungun, Besut, Hulu Terengganu dan Setiu. Daerah Setiu mempunyai keluasan 130665.80 hektar dengan jumlah penduduknya seramai 54,333 orang mengikut banci 2002.

Bersempadan dengan Daerah Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Besut, Daerah Setiu terbahagi kepada tujuh buah mukim iaitu Mukim Pantai (8,499.40 hektar), Mukim Guntung (16,348.50 hektar), Mukim Tasek (5,827.10 hektar), Mukim Hulu Setiu (23,292.90 hektar), Mukim Calok (20,589.60 hektar), Mukim Merang (6,825.00 hektar) dan Mukim Hulu Nerus (54,523.30 hektar).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Popular Posts