-->
Booking.com

Monday, September 20, 2010

Pusat Rawatan Alternatif


Pusat Rawatan Alternatif yang beroperasi di Kampung Nyatoh, di Daerah Setiu adalah merupakan program khas “Satu Daerah Satu Industri”. Pusat Rawatan Alternatif mempunyai 20 orang tukang urut terdiri dari lelaki dan wanita untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Tukang urut ini adalah professional yang diiktiraf di bawah program Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Mereka juga telah mengikuti kursus urutan di bawah kendalian Unit Alumni, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.


Pelbagai jenis urutan disediakan di Pusat Rawatan Alternatif ini. Antaranya ialah urutan badan, rawatan untuk ibu sebelum dan selepas bersalin, urutan untuk strok dan pemulihan tenaga batin. Pusat Rawatan Alternatif ini juga menyediakan rawatan untuk mereka yang terseliuh sendi, patah tulang dan lain-lain. Pusat Rawatan Alternatif ini yang diiktiraf dan mendapat kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor turut menyediakan perkhidmatan mandian wap.

Antara kemudahan yang disediakan ialah lapan buah katil untuk tujuan urutan, dua bilik mandian wap herba, dua bilik menunggu yang berhawa dingin dan dilengkapi televisyen dan dua bilik solat.

Pusat Rawatan Alternatif ini beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam. Kadar bayaran yang dikenakan untuk urutan satu badan ialah RM25 dan bagi mandian wap selama sejam, bayaran yang dikenakan ialah RM15. Bagi lain-lain rawatan, kadar bayaran yang dikenakan adalah mengikut jenis penyakit dan tempoh rawatan yang diperlukan. Pelanggan juga boleh membeli ubat tradisional di Pusat Rawatan Alternatif ini.

PUSAT RAWATAN ALTERNATIF
Kampung Nyatoh,
22100 Setiu, Terengganu.
Tel: 09-6099266 / 267 / 277
Waktu Urusan: 8.00 pagi-11.00 malam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Popular Posts